Saturday 29 June 2013

Aku Budak Kelas Bawah...

BISMILLAH..=D

ASSALAMUALAIKUM WBT PEEPS!!!

#Agak lama tak berkarya di ruang blog yang serba Feminin dan cool ni...jari agak kekok sedikit untuk bermain atas papan kekunci yang serba hitam dan gagah ini..agak peliks sedikit bila melihat skrin En.Komputer yang besaq sedikit dari Cyber Cafe dikolej..(okey enough of your "sasterawan" words Iman =_=)..ok here you goes guys..=3

#Alhamdulillah masih diberi nikmat nyawa untuk terus menjadi Hamba-Nya..masih diberi nikmat olehNya yang saya tak mampu untuk mengiranya..Alhamdulillah masih diberi keamanan dalam negara techenta..doakan keamanan negara saudara seIslam kita..doakan keamanan diman-mana..lets His love Flies in Da air yaw!! =D

#Kenapa tiba-tiba nak cakap tentang pelajar kelas bawah atau pun bahasa kasaq kita "budak-kelas-tak-pandai"..?ini bukan sebab saya nak memburukkan mereka..tidak sama sekali..tapi saya nak cerita sedikit tentang pelajar kelas bawah ini yang bagi saya tak semua orang yang perasan ataupun lebih teruk lagi yang tak mahu ambil tahu akan ke"special"an mereka ini...senang kata memang masyarakat kita sekarang dari dulu sampai sekarang 98% pandang sebelah mata ja pada komuniti minor ini..

#Apa yang akan awak sendiri fikir atau terlintas difikiran awak bila saya sebut budak kelas bawah??..here some of the "thinking" of our community :

       "Budak kelas bawah ni mana ada harapan pada sekolah...semuanya taktau..cikgu ajar
         basic pun dah lost...Dora The Explorer lagi hebat entah kalau cari jalan basic ni..."

      "Hang tau dak,mostly budak-budak kelas bawah ni banyak Bohsia dengan Mat Rempit ja..
        kalau bab-bab agama ni memang dah kick-off punya laa..entah-entah niat solat basic pun
        taktau...."

     "Perghh!!..naya laa aku lepas ni kena mengajar budak-budak kelas bawah..perangai semua
      macam bukan manusia langsung..nak ngajar apanya kalau perangai macam tu?tensen aku
      macam ni weh...makin bertambah kedut muka aku nanti..Arghh!!!..."

      "Budak kelas bawah ni memang dah takmau dah nak basuh..bagi simple essay suruh salin
        balik pun tak reti nak buat..baik tak payah bagi bahan pada diaorang tu..buat perabis duit
        aku ja fotostat untuk diaorang tu..."

      "Laila kamu jangan dengan budak-budak kelas bawah sekolah kamu tu..kalau mak tau  
        kamu   kawan juga,mak tukaq sekolah kamu karang..mak takmau BADI diaorang ada
        dalam family kita...rosak keturunan kita nanti...amaran keras untuk kamu Laila..."

Frustrated with the people saying....
#Saya masih tertanya-tanya mengapa sampai begitu sekali mereka ini di"cop" sampai begitu sekali?..saya juga agak konpius bila cikgu tetap ataupun cikgu praktikal bila dapat mengajar dikelas bawah tersebut ataupun untuk relief kelas 30 minit sahaja,dah macam nak terbalik dunia ni?saya juga tak faham kenapa mentaliti sekarang diisi dengan ayat sebegini atau seangkatan dengannya :

                      "Itu baru yang itu ini...belum lagi dapat mengajar budak kelas bawah..."

#Ayat diatas tu seperti menggambarkan budak-budak kelas bawah tu macam ada keturunan T-Rex (ekstrem sangat tu Iman..=..=")..seperti perangai mereka tak boleh dicontrol dan tak dapat dididik langsung!!..betul ke mereka itu berketurunan T-Rex sampai nak melabelkan mereka seperti itu?..cuba tunjuk sedikit pada saya yang menunjukkan mereka ini keturunan T-Rex yang sampaikan sesetengah pihak atau komuniti yang "addicted" membasuh orang lain dengan ayat sebegitu..,I'm serious..show it to me..show it to the world if THEY are one of the T-Rex family tree....=___="


Nah!!..ni T-Rex.. -..-'
#Sepanjang saya bersekolah bermula dari sekolah rendah,saya lebih banyak kawan dari "kelas-tak-pandai" seperti yang orang lain selalu keluarkan dari bibir munggil mereka dan saya rasa takda isitilah mereka ini membawa aura "bahaya" kepada saya...in fact masa saya disekolah menengah,being their friends mengajar saya tentang kehidupan dengan lebih mendalam..mengajar saya betapa beruntungnya saya dapat semua yang mencukupi dari segi pelajaran dan agama...mereka juga mengajar saya macam mana nak tempuh hidup dengan tabah dan Ohsem (ehem!) kerana mereka telah lalui hidup yang lebih dasyat dari saya..mereka juga mengajar saya macam mana nak tepis semua "percakapan" dan persepsi orang lain pada kita dengan penuh bergaya..^_^y..

#Syukran Jazillan Kathiron wahai sahabat "kelas bawah"..tanpa ajaran anda saya tak mungkin mampu untuk tempuhi ragam-garam (eh?) manusia yang tiada henti sekarang ini dan tak akan berhenti langsung...anda memang telah mengajar saya SATU pengajaran yang tak mungkin dapat dalam kelas ataupun kuliah...Terima Kasih wahai sahabat "kelas bawah" *kesat air mata*

#Ummi saya adalah seorang English Teacher disekolah menengah...dia juga boleh dianggap sebagai guru yang...WOW..prestasinya (it's true man..I'm not kidding)...TAPI..saya agak pelik kenapa Ummi saya ni suka sangat mengajar English pada budak kelas bawah ini...bayangkan pada saat semua guru dah macam dunia nak terbalik bila dapat mengajar kelas bawah,my Ummi just maintain ja muka tenang dan coolnya itu (sungguh laa anak daramu ini jeles Ummi..-__-)...rupa-rupanya Ummi saya sangat sayang dengan mereka itu berbanding kelas-kelas yang lain...saya tanya kenapa Ummi sayang sangat dengan mereka itu?...Ummi menjawab :

    "Budak kelas bawah ni kita memang dah tau yang mereka ni lemah dalam segala bagai..
    especially dalam akedemik dan agama..some of the teachers layan mereka ini sama taraf 
    dengan budak-budak kelas atas...ada juga some of the teachers buat acuh tak acuh ja dengan
    diaorang ni...mula start class dah cakap budak-budak ni tak boleh buat itu ini...bazir duit laa bagi bahan 
     kat diaorang...marah bila tak reti benda-benda basic semua tu...budak kelas bawah ni dia perlukan
     perhatian, kasih sayang and fun yang lebih dari cikgu-cikgu baru dia ada semangat nak belajar subjek tu..
     diaorang mungkin takkan dapat semua or setengah macam budak kelas atas,TAPI dapat secebis pun
     dah cukup untuk Ummi..apa yang kita boleh "polish" dari diaorang,kita cuba "polish"....."

#Perbualan yang panjang dan mendalam maksudnya...tak mampu nak taip semua sebab nanti penuh dengan perbualan tu ja..(ok..I'm kidding Ummi..=3)..saya akui memang SANGAT laa betul apa yang Ummi saya cakap...agak tersentap bila dengar ayat ini dari mulut Ummiku ini :

                                 TAPI dapat secebis pun dah cukup untuk Ummi....

#Mungkin inilah yang dikatakan jiwa keibuan dalam keguruan...memastikan anak muridnya dapat secebis walaupun dah banyak air liur dan suaranya telah keluar..memastikan dapat secebis walaupun banyak masa dan duitnya telah dikeluarkan demi anak muridnya itu...Allahuakhbar...tabik "toing-toing" sama Ummiku..=D..dan saya sendiri pernah lihat anak muridnya yang sudah berumur 20 lebih masih ingat apa yang dia dapat "secebis" dari pengajaran Ummiku itu...sudah lama berbelas tahun mungkin,tapi anak muridnya itu masih ingat..ya...masih ingat seperti baru dapat "secebis" itu semalam...

#Percaya atau pun tidak,ketika saya ingin berHijrah,mereka itu adalah supporters yang mantop tanpa berbelah bahagi ketika kebanyakkan kawan-kawan (I mean,sesetengah laa..) yang lain seperti tidak hirau akan keperluan seoarang kawan pada saat Hijrahku itu..ketika Hijrah saya,ada yang nak join sekaki!..How cool is that? =')


#Saya jatuh,awak bangunkan saya semula...saya menangis keletihan,awak kesatkan air mata itu...saya lemah,awak kuatkan semula...saya keliru,awak sama-sama bantu tolong carikan jalan...saya sunyi,awak sentiasa datang on time...saya kecewa,awak ceriakan semula hati yang kecewa itu..wahai sahabat "kelas bawah" mana mungkin aku akan dapat gantikanmu...mana mungkin aku dapat belajar kehidupan sebenar jika buka dari kamu semua...mana mungkin aku dapat berdiri tegak ketika ramai orang mencaci aku ketika itu dan juga sekarang..mana mungkin aku boleh belajar apa itu Sahabat Fillah jika bukan dari kamu...

#Biarkanlah apa orang lain ingin melabelkan kamu...biarlah sesetengah guru yang tidak hiraukan kamu..TAPI..tunjukkan pada mereka itu,yang kamu boleh mungubah presepsi yang "narrow minded" itu..
tunjukkan kamu lebih HEBAT + COOL + AWESOME dan MANTOP dari mereka...tunjukkan kamu KUAT mengahadapi presepsi "NARROW MINDED" mereka itu....kerana apa??

                        KERANA AKU TAHU KAMU LEBIH HEBAT DARI MEREKA DAN
                        AKU LEBIH MENGENALIMU WAHAI SAHABAT... ^_^


 #Panjang juga entry kali ni ye Iman#........... ^_^"

END..ASSALAMUALAIKUM WBT... =)          

Sahabat Fillah wahai sahabat kelas bawah..=")